Saturday, November 28, 2009

RaYo AjI.....

* Ari nih eden nok story sket pasal rayo aji nih........

* Apo kehe demo kato "RAYO HAJI"......

* Ha....demo nok tawu ceritenye x..?.....

http://www.ns.net.my/cards/adha2.jpgHari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

http://bukaminda.com/wp-content/uploads/2008/11/lembu-korban.jpgDari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.k07_31.jpg image by reezera

FUH..!!!

letih benar eden nulih...

haaa....

tu lah maksodnye.....

hehe....


$@::...JUMPA LAGI...::@$

Friday, October 16, 2009

Pemuda Harapan Agama, Pemudi Tonggak Pemuda......



Pence4ritaan tentang remaja......

Jika dilihat pada ‘product’ pemuda pemudi kita, sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

1. Golongan yang terus iltizam dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah.

2. Golongan yang sekadar hadir dalam aktiviti-aktiviti Dakwah & Tarbiyah.

3. Golongan yang tidak lagi ‘bersama kita’

4. Golongan yang melihat dan menilai kita lalu melihat terlalu banyak kelemahan yang ada pada kita lalu membentuk Toifah lain ( sisters/ liberal dsbg.) atau bergabung diri dengan Toifah lain.

Malangnya golongan pertama terlalu sedikit, mungkin segan kalau kita nak sebutkan tak sampai 10 peratus tetapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima. Pemuda dan perubahan Sebenarnya penggerak Dakwah diperingkat awal pengutusan Rasulullah SAW kebanyakannya terdiri dari pemuda-pemuda contohnya: Saidina Ali, Mus,ab, Saidina ‘Uthman dan lain-lain.

Dakwah juga cepat diterima dan berkembang di Madinah dan hebat mendapat tentangan di Makkah juga kerana faktor pemudanya. Penduduk Makkah dikuasai oleh golongan tua yang sukar meninggalkan pegangan lama mereka. Manakala Madinah pula majoriti yang menguasainya adalah pemuda kesan dari peperangan antara puak Aus dan Khazraj yang berlangsung hampir 200 tahun yang telah mengorbankan ramai generasi tuanya dan meninggalkan pemuda-pemuda sebagai pewaris mereka.

Abdullah Nasih ‘Ulwan pernah menyebut:

“Di sebalik keagungan ilmu dan ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi pemudalah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat mengkagumkan sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berJihad untuk berdakwah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu...”


Dan beliau juga menyebut:

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”

Pemuda dan kemudaannya. Berbalik kepada persoalan asas yang dibincangkan; kenapa begitu sedikit yang dapat terus istiqamah dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah. Persoalan ini mungkin terjawab dengan kita mengenali siapakah pemuda dan apakah pengisian yang sepatutnya berlaku pada tempoh umur ini.

Zaman muda ialah suatu zaman yang cukup bergejolak, agresiff, bertenaga, cita- cita yang tinggi, keazaman yang kental dan semangat yang membara. Inilah keadaan pemuda di setiap zaman. Namun yang berbeza mungkin persekitaran yang ada disekitar mereka.

Pemuda-pemuda kita hari ini tidak banyak terikat dengan tanggungjawab, membesar dalam kemewahan dan kesenangan hidup, segala yang dihajati dicapai dengan mudah. Mungkin inilah yang membezakan kita dengan pemuda-pemuda Kahfi, pemuda Madinah dan pemuda awwalun yang lain.


Jadi, fikir-fikirkanlah.......

Monday, September 28, 2009

RaYe.........

Pada suatu ketika, dua orang suami isteri sedang betekak pasal raya...

setengah jam lepas tuh......

Sulaiman menelefon anak bongsunya Ali di Amerika, " mak dan abah akan bercerai nak..".

Ali tekejut berok dan berkata ,"betul ke? Nanti Ali telefon kakak kat Florida, kami akan balik ke Malaysia, tunggu kami yer..".

(mereka sudah 5 tahun tidak pernah pulang).

Sulaiman letak telefon dan berkata pada isterinya ," Anak-anak kita balik Hari Raya ni." Mereka tersenyum.

Isterinya tesenyum......

Friday, September 11, 2009

RoMaDhOn...

nak mintak maap sket eaa dah nak akhir blan Ramadhan nih kan....

kang dosa tuh meleret ke masa yang akan datang...

dengan kesempatan nih...

nak ucapkan Selamat Berpuasa and Selamat Ari Raya.....

gua rse...

x de manusia yang bleh lri dri uat diosa kan....

so..

gua taw dosa gua banyak kat luorang...

gua mintak maap eaa....

k?

nasihat gua...

jagalah romadhanmu...


RAMADHANMU TIDAK SAMPAI KE HATIMU KERANA HATIMU TIDAK SAMPAI KEPADA RAMADHAN......

Tuesday, August 25, 2009

CitE mAmAt BeNgOnG.....

Pada suatu petang puasa....adalah sorang mamat yg sedikit bengong nih.....ngah besembang ngan mama dia........


Mama: Ali!!! apa yg kmu buat ni!?

Ali : Korek taik hidung la mama!

Mama: Oi!! batal la posa tuh....

Ali : Mana ada batal mama, sebab Ali keluarkan sesuatu dari rongga badan yakni taik hidung ! bukan memasukkan sesuatu kedalam rongga badan...apelah mana ni! Kalu Ali memasukkan sesuatu kedalam rongga badan maknanya Ali sumbat balik lah taik hidung ni!

Mama:%#&#$



~jganlah disebabkan kebodohan ekau...ekau bedosa...~
~eden mampu nasihat yo,,,~


~UKE.....sElAmAt PoCe.....~

Sunday, August 9, 2009

CeRiTa PaSaL pEnJuAl TeLoR.....

ade lah satu cita nih...ianya belaku bedekatan ngan umah aq.....
dgr2kanlah....

***cerita telor***


Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”

Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”

Pembeli: “Telur ayam.”

Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”

Pembeli: “Ayam biasa.”

Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”

Pembeli: “Yang tempatan.”


Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”

Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).

Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”

Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”

Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.
Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


makcik tuh bengang lalu belah dari situ.....

AMARAN!!!



~~~DON'T TRY THIS AT HOME~~~

Friday, July 24, 2009

pEkSo PeKsO pEkSo......


huh tention giler...

but...

syok gak sket2.....

syoknyer sbb......

sbb.......

sbb.......

sbb.......

ntah lah sbb per ntah...


PERGH!!!!...

sal taun nih taun borink yer....





TGK...

BaBy NiH pOn CkP bOrInK...

sEriUs...

BoRiNk GiLeR......

Tuesday, July 14, 2009

HeHe.....

sKaNg.....

KeBoRiNgAn MeLaNdA dIrI iNi......

KeTiDaK sUkAaN mElAnDa KeGeMbIrAaNku.....

KeBeNcIaN mEmBaRa Di BeNaK jIwA Ku...


ApA YaNg HaRuS aQ lAkUkAn sEbAgAi MaNuSiA bIaSa......

ApA yG dAkU iNgIn AmAlKaN dAlAm HiDuP sUpAyA tEnAnG sEmEnTaRa....

SeTaHu DaKu....

DiAm AdAlAh Yg TeRbAiK...........

Sunday, July 12, 2009

CaNeR?...

Wednesday, July 1, 2009

KeSaH mAmAt2 GeNgStEr nGaN PoLiS yG sElAmBeR

TaTkAlA mAmAt2 GeNgStEr TeNgAh BeSeRoNoK....zbyr
K.A.M.I

pOlIs DaTaNg NgAn SlAmBeR rOcK....
gabrail a.k.a jibril

So...mAmAt2 GeNsTeR pOn BeNgAnG x KeSuDaH eAa...
paparazi mna tngkp gmbr ni

MaKa......

JaDi lAh SeBeGiNi....

itu dia bkal pmegang saham tbesar rstoran nsi kndar mlu tgk cmera
itu dia yg anda akn mnyaksikan
PeGaDuHaN bElAkU....

hAsIlNyA....

akhirnya....hrap maaf jgn sebarkn gmbr ini...

mAkA aBiS cItA......

bYbYe...

SeE YoU nExT tImE....

WaJaH bArU...

CaNa WaJaH bArU bLoG sYeR...

oKe?

hehe...

K.A.M.I

hasil kerja salah sorang dari kitorang...

Wednesday, June 24, 2009

ANJING-ANJING NERAKA

http://1.bp.blogspot.com/_5HmWJKTJFQM/SJ_VvvC9B2I/AAAAAAAAAGA/DHq0LlFoO4M/s1600-R/zhur9.gifSabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

· Bacalah Al-Qur'an

· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang
lain.

· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada
perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Friday, June 19, 2009

HaI kEnGkAwAn.....

http://cikgufarizal.com/wp-content/uploads/2008/02/cinta.jpgCiNtA.....

tAtKaLa DiSeBuT pErKaTaAn 'CINTA'.....

tAtKaLa DiUnGkAp PeRkAtAaN 'CINTA'...

tAtKaLa DiRuNgKaI pErKaTaAn 'CINTA'....


aPa YaNg DiLaFaZkAn MaNuSiA BiAsA???......

1."erm.....cinta nih hanya kata2 kot...."

2."cinta....gua rse mende yang kitorang rse kat makwer kta eaa....."

3."erm...erm...erm....antah larh ape ntah....."

4."mende yang kta ckp ntok bg rsa ska kita kot..."

5."aq rsa mende tuh bkan pekataan biasa eaa....mende tuh byk maksod dia....tp yang berhak menerimanya adalah ALLAH..."

x
d....


inilah yang selalu di ungkap....~oleh laki eaa...~~mungkin pompuan skali...~

tp...yg mna satu.....yang benar....


Lu PiKiR lA sEnDiRi..........


DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

http://aziachmad.files.wordpress.com/2009/03/sedekah1.jpgDikisahkan bahwa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.

Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahwa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.

Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T.

Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Wednesday, June 10, 2009

15 Perkara Penyebab Turunnya Bala

"Bersabda Rasulullah SAW antara lain maksudnya :

"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:

1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.

2. Amanat dianggap ghanimah (harta rampasan perang).

3. Membayar zakat dianggap merugikan.

4. Suami tunduk pada isterinya.

5. Durhaka terhadap ibu.

6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.

7. Membenci ayah.

8. Bersuara keras (menjerit-jerit) di masjid.

9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.

10. Orang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya.

11. Minum arak berleluasa.

12. Semakin ramai lelaki memakai sutera.(cnth:Skrg Baju Batik)

13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.

14. Permainan muzik merata-rata.

15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat-umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi'in dan para imam mu'tabar.

Maka ketika itu turunlah azab berupa angin merah, atau gempa, runtuhan atau kemusnahan."

Hadith riwayat Al-Tirmidzi dari Saidina Ali r.a."

Friday, June 5, 2009

SAUDARA MARA, KEKAYAAN DAN AMAL PERBUATAN


Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?

Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."

Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa."

Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya.

Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia.

Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."

Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya.

Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya.

Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."

Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?"
Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda.

Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ?

Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan.

Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa.

Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur.

Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan.

Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."

Thursday, June 4, 2009

Unta menjadi hakim



Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.

Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah.

Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti.

Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Tuesday, June 2, 2009

SemBahyang......


"Jika diperhatikan sekarang ini...taraf umat Islam yang mengerjakan sembahyang adalah sekadar melepas batuk di tangga sahaja....jadi mengapakah ianya terjadi sebegini....fikirkanlah....

SemBahyang......

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,
Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang, sampai ketengah malam,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
Berpesan- pesanlah kepada kebenaran...."

Sunday, May 31, 2009

PAHLAWAN NERAKA

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.

Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman.

Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah.

Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy.


Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim
.